Selasa, 2 Oktober 2018

MINGGU 3: EKSPERIMEN KUMPULAN 8


Terdapat beberapa eksperimen yang dijalankan pada minggu ini. Berikut merupakan laporan serta keputusan yang kami peroleh.


TAJUK: MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI CARA MODEN

BAHAN DAN ALATAN: Sampel tanah dan air

LANGKAH-LANGKAH:

1      
       1.  Ambil lebih kurang 20g sampel tanah (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2-3 cm).


      
      2.  Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.


1    3.  Bentukkan tanah tersebut menjadi bentuk bebola, reben, rod atau gelang.


           PEMERHATIAN: 


             Rod tidak dapat dibentuk (tanah sangat berpasir)                                                         (/)
                                                          
             Bebola dapat dibentuk (pasir berloam)                                                                             (/)
                                                                           
             Rod dapat dibentuk (tanah loam)                                                                      


      
             Rod membentuk U tetapi tidak dapat membentuk gelang (loam tanah liat)   


             Gelang yang retak-retak (tanah liat berpasir)                                                    


            Gelang dapat dibentuk (tanah liat)                                                                       

         KESIMPULAN:
      Tanah dapat dibentuk kepada beberapa jenis iaitu bebola dan rod. Dari segi rasa pula dapat dibezakan sama ada lembut atau kasar iaitu lembut apabila dicampur dengan air dan kasar apabila tanpa air. Warna tanah pula ialah coklat gelap.

        PENILAIAN:
     a)      Adakah kaedah ini tepat?
-                -  Kaedah ini kurang tepat kerana hanya menggunakan deria sentuhan dan tiada nilai kuantitatif.

     b)      Mengapakah kaedah ini digunakan?
-  Untuk mengenalpasti sifat fizikal tanah melalui deria sentuhan


TAJUK: MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI CARA MENDAPAN
BAHAN DAN ALATAN: Sampel tanah dan balang gas
LANGKAH-LANGKAH:      

1 . Masukkan 50g tanah ke dalam balang gas.


2. Isikan air ke dalam tabung gas sehingga 300ml.

           


3.      Tutup mulut balang gas dan goncangkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
4.      Letakkan balang gas di atas meja selama satu jam setengah di atas meja.     
5.    Ukur ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap. Bacaan dicatatkan dalam jadual. 


6.      Hitungkan peratusan tanah terpisah.
7.      Tentukan Kelas Tekstur Tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.

KEPUTUSAN : Ketinggian kesuluruhan pisahan 3.5 cm

PISAHAN
KETINGGIAN (cm)
PERATUS (%)
Pasir
2.5
71.4
Kelodak
0.7
20.0
Tanah liat
0.3
8.6

  
          KESIMPULAN:

       Pasir mencatatkan nilai peratusan yang tertinggi iaitu 71.4 manakala kelodak dan tanah liat masing-masing mencatatkan nilai peratusan 20.0 dan 8.6. Berdasarkan Soil Texture Triangle, jenis sampel tanah ini ialah sandy loam.


           PENILAIAN:

           a)      Adakah kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan? Mengapa?
-   Ya, kerana kaedah ini mempunyai bacaan serta dapat menentukan tekstur tanah dengan merujuk Soil Texture Triangle

            b)      Apakah ralat-ralat yang mungkin wujud?
-          Tidak dapat mengenalpasti bacaan dan kedudukan lapisan tanah dengan tepat
-          Kedudukan mata yang tidak selari dengan bacaaan ketika mengambil ukuran



            TAJUK: MEMBANDINGKAN KADAR PENGALIRAN AIR MENERUSI TANAH
      BAHAN DAN ALATAN: Tiga jenis sampel tanah, iaitu tanah berpasir, tanah loam, tanah             liat, air suling dan gentian kaca
            LANGKAH-LANGKAH:
      1.    Keringkan sampel-sampel tanah selama 2 hingga 3 hari dengan meletakkan sampel tanah di atas kertas bersih di satu sudut makmal.   
   2. Pasang radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Langkah keselamatan: Awas, jangan  ambil gentian kaca dengan jari    

      3.  Sukat sampel bagi setiap batas sebanyak 50 ml air suling dengan menggunakan silinder penyukat  dan isikan ke dalam bikar 100 ml.



     4.     Dalam masa yang sama, tuangkan 50 ml air suling ke dalam setiap radas dan tentukan isi  padu air yang mengalir ke dalam bikar 250 ml dalam masa 5 minit.


         5.      Catatkan keputusan dan pemerhatian anda dalam jadual berikut.
         6.      Tentukan nilai pH tanah dengan menggunakan meter pH. Bacaan pH direkodkan.

        KEPUTUSAN:

SAMPEL TANAH
ISI PADU AIR SELEPAS 5 MINIT (ml)
NILAI PH
PEMERHATIAN
Batas 1
39.5
5.0
Loam
Batas 2
40.2
5.0
Sandy clay loam
Batas 3
39.5
4.8
Sandy loam
Batas 4
40.2
6.5
Sandy clay loam
Batas 5
40.0
5.3
Sandy loam
Batas 6
38.0
6.2
Sandy loam
Batas 7
39.0
5.2
Sandy loam
Batas 8
39.0
5.5
Sandy loam
Batas 9
39.0
5.8
Sandy loam
Batas 10
34.0
5.2
Sandy loam
Batas 11
40.0
5.2
Sandy clay loam
Batas 12
36.0
5.2
Sandy loam
Batas 13
42.5
5.2
Clay
Batas 14
39.0
4.8
Sandy loam
Batas 15
43.0
4.4
Sandy loam


        KESIMPULAN:
        - Isipadu air yang mengalir ke dalam bikar selepas 5 minit bagi sampel tanah ini adalah 39 ml. Keadaan tanah yang baik akan mengalirkan air pada kadar 35 ml sehingga 40 ml. Hal ini kerana tekstur tanah berada dalam keadaan yang baik iaitu pasir, keladak dan tanah liatnya yang  seimbang.
        -  pH bagi sampel tanah ini adalah 5.5. pH tanah yang ideal adalah antara 5.5 hingga 7.0. Ini kerana pH nya yang seimbang, iaitu tidak terlalu asid dan tidak terlalu alkali.

       PENILAIAN:

      a)      Mengapakah kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah dalam  eksperimen ini?
       - Kerana liangnya yang terlalu halus dan akan menyekat aliran air keluar dari sampel tanah

      b)      Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling banyak?
       - Batas 15 kerana mencatatkan bacaan sebanyak 43 ml. Ia mempunyai tekstur tanah berpasir yang mempunyai zarah-zarah yang besar dan longgar
  
      c)      Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling lambat? 
       - Batas 13 kerana jenis tanahnya adalah tanah liat. Teksturnya yang halus, keras dan kering melambatkan pengaliran air keluar dari tanah.

      d)      Sampel tanah yang manakah mempunyai saliran paling baik.
       - Batas 6 yang mencatatkan bacaan sebanyak 38.0 ml. Ini kerana bacaan isipadunya yang berada di tengah-tengah serta mempunyai kandungan pasir, kelodak dan tanah liat bergumpal yang mudah pecah

      e)      Sekiranya anda ingin memilih tanah untuk tanaman, tanah yang manakah akan anda pilih? Berikan sebabnya.
      -  Tanah loam kerana mempunyai kandungan pasir, kelodak dan tanah liat yang sama. Tanah ini juga mudah untuk digembur, menyerap air dengan baik serta mempunyai daya pengudaraan yang baik iaitu bebas bergerak di antara zarah-zarah tanah hingga ke akar tanaman




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan