Selasa, 25 September 2018

MINGGU 2

MENGUKUR DAN MEMASANG BINGKAI BATAS


Bingkai batas amat penting bagi menanda keluasan batas tanaman.keluasan batas tanaman berukuran 5 kaki lebarX 10 kaki panjang. penyediaan bingkai batas tanaman bagi meninggikan ketinggian batas tanaman sekaligus mengelakkan air bertakung di kawasan batas tersebut. hal ini amat penting dalam penyediaan sebuah batas tanaman. 






Ukuran batas iaitu 5 kaki lebarX 10 kaki panjang








Bingkai batas tanaman boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu:

Kaedah pertama dengan menggunakan bingkai kayu. Bingkai kayu hendaklah dicat bagi mengelakkan kayu itu mereput dan dapat digunakan dalam jangka masa yang lama.



Aktiviti mengecat bingkai kayu







Kaedah kedua adalah dengan menggunakan batu bata. Batu bata perlulah disusun dengan kemas dan teratur.








Aktiviti menyusun batu bata












AKTIVITI MEMBAJA

Membaja adalah salah satu aktviti yang penting dalam penyediaan batas. hal ini , pembajaan bertujuan untuk memulihkan dan menambahkan kandungan nutrien dalam tanah. kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran tanaman tebantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning.


Terdapat dua kategori baja iaitu baja kimia dan baja organik . bagi projek penyediaan batas, kami menggunakan baja organik untuk menyuburkan tanah. hal ini kerana baja organik tidak berbahaya dan mesra alam berbeza dengan baja kimia yang boleh menyebabkan pencemaran 









Aktiviti membaja tanah










Proses meratakan tanah perlu dilakukan untuk memastikan semua permukaan tanah telah rata ditutup. Proses ini dilakukan dengan menggunakan alat penggaruk ataupun alat meratakan tanah.











Aktiviti meratakan tanah

















   


Tanah perlulah dibiarkan selama 2 hari agar tanah betul-          betul padat dan stabil













PENYEMAIAN BIJI BENIH

Proses semaian hanya boleh dilakukan ketika waktu pagi dan petang sahaja. Terdapat beberapa cara semaian bji benih. Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya. Untuk proses penyemaian, kami menggunakan cara semaian tabur. 

Teknik menyemai  biji benih secara tabur adalah :

1. Membuat alur untuk memudahkan biji benih ditaburkan ke atas tanah



2. Sediakan bahan penyemaian iaitu penyediaan 1 cup biji benih bersamaan dan 10 cup              pasir


            










     10 cup pasir digunakan
     


















 10 cup biji benih di








3. Tabur biji benih di atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis










4. Beri perlindungan iaitu dengan membuat sungkupan. Sungkupan dapat mengekalkan             kelembapan batas tanaman serta mengelakkan pergerakan biji benih di dalam tanah               ketika hujan.
     *sungkupan perlu dibuka selepas 2 minggu, kerana pokok memerlukan cahaya matahari         supaya dapat mengelakkan pertumbhan pokok yang terbantut 
5. Air juga perlu disiram pada waktu pagi dan petang 
6. Selepas percambahan biji benih, penjarangan perlu dilakukan iaitu membuang pokok-          pokok yang kecil untuk mengelakkan persaingan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan