Selasa, 2 Oktober 2018

MINGGU 3: EKSPERIMENT KUMPULAN 9



TAJUK : Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah

BAHAN DAN ALATAN : Tiga jenis sampel tanah iaitu tanah berpasir, tanah loam, tanah liat ,air                                                  Suling dan gentian kaca.

1.     
LANGKAH-LANGKAH:

1.     Sampel-sampel tanah dikeringkan  selama 2 hingga 3 hari dengan meletakkan samppel tanah di atas kertas bersih di suatu sudut makmal.
2.    Radas dipasang seperti yang ditunjukkan dalam gamba rajah.

Langkah keselamatan : Awas, jangan ambil gentian kaca dengan jari .














3.      Tiga sampel tanah diletakkan ke dalam corong turas dan  50 ml  air suling disukat dengan menggunakan silinder penyukat dan isikan  ke dalam bikar 100 ml.
4.      Dalam masa yang sama Sebanyak  50 ml air suling dituangkan ke dalam setiap radas dan tentukan isi padu  air yang mengalir ke dalam bikar 250 ml dalam masa 10 minit.
5.             Keputusan dan pemerhatian dicatatkan dalam jadual yang berikut.

KEPUTUSAN : Kami memperoleh tanah sandy loam bagi ujikaji yang dilakukan 

NOMBOR BATAS
ISI PADU AIR (ml) 
ISI PADU AIR SELEPAS 5 MINIT (ml)
NILAI PH &
JENIS TANAH
1
50
39.55
5.0
loam
2
50
40.2
5.0
sandy clay loam
3
50
39.5
4.8
sandy loam
4
50
42.2
6.5
 sandy clay loam
5
50
40.0
5.3
sandy loam
6
50
38.0
6.2
sandy loam
7
50
39.0
5.2
sandy loam
8
50
39.0
5.5
sandy loam
9
50
39.0
5.8
sandy loam
10
50
34.0
          5.2
sandy loam
11
50
40.0
5.2
sandy clay loam
12
50
36.0
5.2
sandy loam
13
50
42.5
5.2
clay
14
50
39.0
4.8 
sandy loam
15
50
43.0
4.4
      sandy loam






















KESIMPULAN;
Kami memperoleh tanah sandy loam dan  nilai ph 5.8 manakala isipadu air selepas 5 minit sebanyak 39ml. 



PENILAIAN
(i)                  Mengapakah kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah dalam eksperimen ini?
-          Sebab kertas turas mempunyai liang yang kecil dan menyukarkan air untuk mengalir.

(ii)                Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling banyak?
-          Sampel tanah yang berpasir kerana mempunyai liang pori yang luas dan saliran yang baik memudahkan air untuk mengalir.

(iii)               Sampel tanah manakah yang membenarkan air mengalir paling lambat?
Sampel tanah liat kerana mempunyai liang pori yang kecil dan saliran buruk menyukarkan air untuk mengalir.
(iv)              Sampel tanah yang manakah mempunyai saliran paling baik?
Sampel tanah berpasir kerana mempunyai pori yang luas

(v)                Sekiranya anda ingin memilih tanah untuk tanaman, tanah yang manakah akan anda pilih? Berikan sebab.

Tanah loam kerana kadar resapan air yang sedarhana tidak terlalu cepat dan terlalu lambat.












_________________________________________________________________________________





TAJUK: MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI CARA MEDAN
BAHAN DAN ALATAN : Sampel tanah dan air
LANGKAH-LANGKAH:
1.      Sampel tanah diambil lebih kurang 2 gram (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2 hingga 3 cm)
2.      Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.
3.      Tanah dibentukkan menjjadi bentuk bebola, rod, rod bentuk u  atau gelang




 PEMERHATIAN:


1.      Rod tidak dapat dibentuk ( tanah sangat berpasir)                                         [     ]
2.      Bebola dapat dibentuk (tanah loam)                                                              [ /   ]
3.      Rod dapat dibentuk ( tanah loam)                                                                  [ /   ]
4.      Rod membentuk U tetapi tidak dapat membentuk gelang (loam tanah liat)  [     ]
5.      Gelang yang retak-retak ( tanah liat berpasir)                                                [ /   ]
6.      Gelang dapat dibentuk (tanah liat)                                                                 [ /   ]


KESIMPULAN
Tanah berwarna coklat gelap yang boleh dibentuk dan tekstur tanah adalah tanah loam berpasir


PENILAIAN
(i)                 Adakah kaedah ini tepat?
-          Kaedah ini kurang tepat

(ii)               Mengapakah kaedah ini digunakan
-          Kaedah ini digunakan kerana mudah untuk dijalankan.




_____________________________________________________________________


TAJUK: Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan

BAHAN DAN ALATAN : Sampel tanah dan balang gas

LANGKAH-LANGKAH:
1.       Sebanyak 40 hingga 50 g tanah dimasukkan ke dalam balang gas
2.       Air diisikan ke dalam balang gas sehingga sehingga 300 ml .
3.       Mulut balang gas ditutup dengan penutup dan campuran digoncangkan perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
4.       Balang gas diletakkan di atas meja semalaman( 24 jam) tanpa ganggua.
5.       Ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap diukur dan dicatatkan dalam jadual.
6.       Peratusan pisahan tanah diukur.
7.       Kelas tekstur tanah ditentukan dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.

                                                                      


                                                                                  Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan















KEPUTUSAN: ketinggian pisahan

PISAHAN
KETINGGIAN ( cm )
PERATUS
PASIR
2.5
0.625
KELODAK
1.0
0.250
TANAH LIAT
0.5
0.125

Peratus pisahan dikira seperti berikut:
Ketinggian lapisan pisahan ( cm )    x 100
Ketinggian semua lapisan(cm)




KESIMPULAN
Tanah kami dalam keadaan sandly loam kerana peratusan pasir sebanyak 62.5%, kelodak sebanyak 25% dan tanah liat sebanyak 12.5%











PENILAIAN
(i)                  Adakah kaedah ini lebih tepat dari kaedah medan? Mengapa?
-          Kaedah ini leih tepat berbanding kaedah medan kerana  kita mendapat nilai yang sebenar melalui uji kaji yang di jalankan
(ii)                Apakah ralat-ralat yang mungkin wujud?
1.       Kedudukan mata yang salah ketika membaca nilai isipadu silinder penyukat.
2.       Jumlah tanah yang di masukkan tidak mengikut sukatan yang di tetapka.
3.       Masa yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen tidak mencukupi.
4.       Kaedah pengiraan peratusan tanah yang tidak tepat.





































Tiada ulasan:

Catat Ulasan