Selasa, 9 Oktober 2018

MINGGU 4

PEMBIAKAN KERATAN BATANG

Pembiakan tumbuhan terbahagi kepada dua iaitu seksual dan aseksual/vegetatif/tampamg. Pembiakan seksual melibatkan gamet jantan dan gamet betina manaka aseksual tidak melibatkan keduanya. Kepentingan pembiakan tumbuhan adalah untuk memperbanyakkan spesies tumbuhan yang berlainan dalam jumlah yang besar dan untuk menghasilkan tumbuhan yang berkualiti dan sihat bagi tujuan komersial. Fokus utama entry kali ini adalah tentang pembiakan tampang yang menggunakan keratan batang.



Bahan- bahan yang diperlukan:

1. Keratan batang
2. Polybag bersaiz kecil
3. Sekator/gunting
4. Penggalak akar dalam bentuk serbuk/cecair
     *terdapat 3 jenis penggalak akar mengikut kekerasan batang:
       penggalak akar 1: batang lembut
       penggalak akar 2: batang sederhana keras
       penggalak akar 3: batang keras
5. Medium semaian

Langkah-langkah penyediaan:




1. Sediakan 5 polybag kecil bewarna hitam dan lipatkan beberapa cm pada bahagian bawah supaya kedudukan polybag lebih stabil.
2. Sediakan medium semaian dengan nisbah 1:1 iaitu campuran coco peat dan tanah.






3. Masukkan medium yang telah disediakan tadi ke dalam polybag dengan padat supaya tidak berlaku mendapan tanah di bahagian bawah apabila disiram dengan air.



4. Bersihkan daun pada keratan batang dan potong keratan dalam 12 cm dengan menggunakan sekator. Potong hujung batang untuk memudahkan mengenalpasti pangkal batang.

5. Celupkan bahagian bawah batang ke dalam penggalak akar mengikut jenis penggalak.





6. Buatkan sedikit lubang tanah di dalam polybag untuk memudahkan batang dimasukkan.   Kemudian, masukkan batang pada lubang itu.


7. Siram pokok tersebut dengan air secukupnya dan pastikan diletakkan di bawah tempat yang tidak terlindung dengan cahaya matahari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan