Selasa, 23 Oktober 2018

MINGGU 5 : PERCAMBAHAN BIJI BENIH

Tajuk : Keperluan percambahan
Bahan dan alatan : Piring petri/ bekas plastik , kapas, biji benih . Air didih yang telah disejukkan.
Kaedah




Set radas seperti jadual disediakan:
10 biji benih setiap radas dimasukkan
Semua radas disiram/ renjis dengan air kecuali radas B2
Percambahan biji benih setiap hari diperhatikan
Keputusan selepas 3 hari dicatatkan

Set pertama
Kaedaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A1
Diletakkan di atas meja tanpa dilembapkan
Air
B1
Dilembapkan dengan air seperti biasa
Oksigen
C1
Dilembapkan di dalam air yang telah didihkan dan dibiarkan sejuk . Diletakkan di atas meja
Suhu
D1
Disimpan di dalam peti sejuk selepas dilembapkan

Set  kedua
Keadaan untuk percambahan
label radas
Rawatan
Cahaya
A2
Disimpan di dalam laci selepas dilembapkan
Air
B2
Dibiarkan kering selepas dilembapkan
Oksigen
C2
Dilembapkan seperti biasa dan diletakkan di atas meja
Suhu
D2
Diletakkan di atas meja pada suhu bilik selepas dilembapkan




Keputusan
Bilangan biji benih yang bercambah
Set 1
Set 2
A1
0
A2
9
B1
2
B2
2
C1
0
C2
3
D1
0
D2
0


Soalan
1  1.       Mengapakah air dalam radas C1 dididihkan ?
Air didihkan untuk menguji adakah penting kehadiran oksigen dalam proses percambahan biji benih.

2  2.   Apakah faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah
Tidak mendapat cahaya, air dan suhu yang sesuai.

3  3.    Apakah kesimpulan yang boleh anda buat mengenai ujikaji ini.
Jika biji benih tidak mendapat air, cahaya dan suhu yang sesuai maka biji benih tersebut  tidak akan bercambah.

4  4.    Kira peratusan percambahan biji benih dalam bekas C2.

3x100
10        =30 %
Biji benih yang bercambah
_______________________x100
Jumlah biji benih yang disemai
























B) Tajuk : Mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih.

Bahan dan alatan :

·         5 unit tabung uji dan rak
·         Biji benih kacang hijau
·         Kapas
·         Minyak masak
·         Air didih yang telah disejukkan



Keadaan :









1.      Sediakan empat tabung uji berlabel A,B,C dan D dengan kandungan seperti di atas
2.      Letakkan tabung uji A,B,C di dalam makmal dan tabung uji D diletakkan dalam peti sejuk.
3.      Perhatikan biji benih selepas lima hari
4.      Pemerhatian direkodkan


Keadaan untuk percambahan
Lebal radas
Rawatan
Air , udara dan suhu
A
3 biji benih dan kapas basah   diletakkan di atas meja
Air
B
3 biji benih dan kapas kering diletakkan di atas meja
Udara
C
3 biji benih ,kapas basah (gunakan air yang telah dididihkan ) dan lapisan minyak diletakkan di atas meja
Suhu
D
3 biji benih dan kapas basah disimpan di dalam peti sejuk
Cahaya
E
3 biji benih dan kapas basah disimpan di tempat gelap


Keputusan :
Tabung uji
kehadiran
Pemerhatian percambahan biji benih ( bercambah / tidak bercambah
Air
Cahaya
Udara
Suhu yang sesuai
A
2
B

0
C

0
D

0
E

3



Analisis :


  1. Nyatakan ketidakhadiran bahan atau keadaaan yang menyebabkan biji benih tidak bercambah

                    I.            Tabung uji B        : tidak ada air
                    II.            Tabung uji C       : tidak ada udara
                    III.            Tabung uji D      : tidak ada suhu yang sesuai
                    IV.            Tabung uji E       : tidak ada cahaya


         2.  Apakah pemboleh ubah :
            Dimanipulasi   : jenis bahan  dan tempat yang  digunakan dalam setiap tabung uji.
            Dimalarkan     : bilangan biji benih yang digunakan dalam eksperiment
            Bergerak balas : bilangan biji benih yang bercambah
         3. Apakah keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih ?
            biji benih memerlukan air , cahaya dan suhu yang sesuai
  
        4. Tabung uji manakah yang bertindak sebagai kawalan
            Tabung uji A
        5. Mengapakah minyak digunakan dalam tabung uji C
            Untuk menghalang udara daripada larut dalam air masak
       6. Apakah yang tidak ditemui dalam minyak masak ( telah didih )
          udara
       7. Apakah yang berlaku pada tabung uji E. Terangkan jawapan anda.
              Biji benih akan bercambah kerana biji benih tidak memerlukan cahaya untuk proses                            percambahan
           8. Kesimpulan eksperiment?
        Biji benih memerlukan air, udara dan suhu yang sesuai untuk bercambah.
















Tajuk : Percambahan epigeal  dan Hipogeal
Radas dan bahan : Bikar 80 ml / Bekas plastik . Biji benih kacang dan jagung . Peat moss.
Kaedah :

  1. 60 ml peat moss dimasukkan kedalam 2 bikar . Benih kacang ditanda A dan biji benih jagung ditanda B.
  2. Biji benih kacang disemai pada bekas A dan 2 biji benih  jagung disemai pada bekas B ( biji benih tersebut  ditenggelam sedikit sahaja.
  3. Renjis air setiap hari pada biji benih.
  4. Pantau percambahan biji benih setiap hari dan bacaan diambil setiap hari.
  5. Percambahan biji benih dilukis setelah 5 hari .

Keputusan :
Hari
Kacang tanah
Jagung
Panjang radikal ( akar)
Panjang plumul ( pucuk)
Panjang radikal (cm)
Panjang plumul ( cm)
1
1.80
4.00
2.60
1.17
2
5.50
8.80
5.30
2.34
3
8.05
14.20
8.00
3.50
4
11.00
19.00
10.68
4.70
5
13.75
23.70
13.35
5.80
6
16.50
28.50
16.00
7.00

 Analisis  

1. Lukiskan pemerhatian anda untuk kedua-dua jenis tumbuhan

 Biji benih kacang                                      Biji benih jagung

2.  Nyatakan perbezaan diantara pertumbuhan Epigeal dan Hipogeal
Hipogeal iaitu  epikotil tumbuh memanjang kemudian plumul tumbuh ke permukaan tanah menembus kulit biji. Kotiledon tetap berada di dalam tanah. Manakala epigeal adalah hipokotil yang tumbuh memanjang sehingga plumul dan kotiledon terangkat ke atas (permukaan tanah). Kotiledon dapat melakukan fotosintesis selama daun belum terbentuk.

3. Lukiskan struktur biji benih dan lebalkan








     4.    Apakah yang dimaksudkan embrio
      Tumbuhan kecil yang terbentuk dalam biji benih dan  menunggu keadaan yang tepat untuk bercambah yang terdiri daripada plumul( pucuk) , radikel( akar), kotiledon ( simpan dan bekalkan makanan)