Pada kelas pertama, kami diterangkan berkaitan dengan peraturan dan langkah-langkah keselamatan di ladang dan peralatan yang akan digunakan.
Penerangan peralatan daripada Dr Husna |
MENGUKUR DAN MENANDA BATAS
Ukuran batas yang ditetapkan adalah 5x10 kaki dimana lebar adalah 5 kaki dan panjang 10 kaki. Jarak antara satu batas dengan batas yang lain adalah 2 kaki manakala jarak antara kepala batas adalah 4 kaki.
PEMBERSIHAN TAPAK SEMAIAN
Rumpai hendaklah dibersihkan terlebih dahulu di tapak semaian dengan menggunakan cangkul. Rumpai adalah tumbuhan yang tumbuh pada tempat yang tidak dikehendaki ataupun dalam kata lainnya rumpai merupakan tumbuhan yang menggangu dan tidak diingini dalam kawalan manusia.
MENGGEMBUR TANAH
Menggembur tanah boleh dilakukan dengan dua cara iaitu dengan mencangkul ataupun menggunakan kabota mini. Salah seorang tenaga pengajar telah menunjukkan cara-cara mengendalikan kabota mini. Kami digalakkan untuk mencangkul tanah terlebih dahulu untuk memudahkan proses penggemburan menggunakan kabota mini.
Menggunakan kabota mini |
Menggunakan cangkul |
Tanah digembur sedalam 20-30 cm untuk menghancurkan tanah kepada ketulan yang kecil. Tujuan menggembur untuk membaiki pengudaraan dan saliran, memusnahkan rumpai serta membunuh organisma. (Pengapuran tanah tidak perlu dilakukan kerana tanah sedia subur dan sesuai untuk tanaman sayur-sayuran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan