Sabtu, 3 November 2018

MINGGU 6: Eksperimen Baja dan Racun Organik

AMALI BAJA ORGANIK

FAA (Fish Amino Acid)

Bahan-bahannya:

·         Gula merah 1 kg (dicairkan dengan 2000 mL air)
·         Isi ikan atau sisa ikan
·         Botol plastik
·         Kertas putih A4
·         Pengikat
·         Landas cincang
·         Pisau
·         Mangkuk/ besen
·         Mangkuk/ cawan penyukat


Cara-cara:

                                               
    1.      Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.
                                                    
              2.      Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1 (80 mL)

             3.      Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dan bahan dibuat serta tutup dengan kertas. Tutup dengan penutup botol. Jangan tutup terlalu ketat. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau/ goncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.

             4.      Baja ini siap dalam jangka masa 4 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FAA.

             Kaedah penggunaan:
            ·    Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 mL atau satu sudu besar ke dalam 5 liter air     dan disiram kepada tanaman.
                Nota:   Ikan yang sesuai ialah ikan kembung, sardin, tenggiri dan tongkol.

         FPJ (Fermented Plant Juice)
             Bahan-bahannya:
·         Gula merah 1 kg (dicairkan dengan 2000 mL air
·         Sisa sayuran berdaun hijau
·         Botol plastik
·         Kertas putih A4
·         Pengikat
    Cara-cara:
                                     
1.      Sisa sayuran dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.
                                      
2.      Campurkan bersama gula merah atau molasses pada kadar nisbah 1:1 (100 mL)
3.      Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas. Tutup dengan penutup. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4.      Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja  FPJ.
                   Kaedah penggunaan:
             ·         Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 mL atau satu sudu besar ke dalam 1 liter                air dan disiram kepada tanaman.
             FFJ (Fermented Fruit Juice)
             Bahan-bahannya:
·         Gula merah 1 kg (dicairkan dengan 2000 mL air)
·         Pisang masak. Jika boleh dapatkan kulit pisang yang telah hitam
·         Botol plastik

·         Kertas putih A4
·         Pengikat
              Cara-cara: 
                                                      
                 1.      Nanas dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.
                                  
2.      Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1 (100 mL)  
3.      Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas putih kemudian penutup botol. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.

 4.      Baja ini siap dalam jangka masa 2 miggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FFJ.
  Kaedah penggunaan:
  ·  Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 mL atau sudu besar ke dalam 1 liter air dan disiram kepada tanaman.
   Nota:   Buah- buahan yang masak dan manis seperti ciku, pisang dan betik

 
   Kulit telur (CaP)
Bahan-bahannya:
1.      Kulit telur yang telah dibasuh dikeringkan dalam oven selama 5 minit
2.      Cuka masak
3.      Botol plastik
4.      Kertas putih A4
5.      Pengikat
Cara-cara:
                                                  
1.      Hancurkan kulit telur bagi mempercepatkan proses fermentasi. Sukat hasil kulit telur yang telah hancur.
                                                 
2.      Campurkan bersama cuka dengan nisbah 1:10 (1 sudu besar).
3.      Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas dan ikat menggunakan gelang getah. Tutup dengan penutup botol. Jangan tutp terlalu ketat. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau/ digoncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.

4.      Baja ini siap dalam jangka masa 4 minggu dan jusnya ditapis.
        Kehadiran bau:
  ·   Hamis, hapak, hangit, hanyir, hancing, busuk, tengik, masam.
        Pemerhatian:

Hari/ Tarikh

Warna pemerhatian

Kehadiran bau gas (ada/tiada)

FAA

FPJ

FFJ

CaP

FAA

FPJ

FFJ

CaP

1

Coklat

Hijau keruh

Coklat kekuningan

Coklat cair

Hanyir

Masam

Masam

Masam

2

Coklat

Hijau keruh

Coklat kekuningan

Coklat cair

Hanyir


Masam

Masam

Masam

3

Coklat

Hijau keruh

Coklat kekuningan

Coklat cair

Hanyir

Masam

Masam

Masam

4

Coklat

Putih

Coklat kekuningan

Coklat cair

Hanyir

Masam

Masam

Masam

5

Coklat

Putih

Coklat kekuningan

Coklat cair

Hanyir

Masam

Masam

Masam

6

Coklat gelap

Putih

Perang

Coklat cair

Busuk

Masam

Busuk

Masam

7

Coklat gelap

Putih

Perang

Coklat cair

Busuk

Masam

Busuk

Masam

8

Coklat kehitaman

Putih

Perang

Coklat cair

Busuk

Masam

Busuk

Masam

      Analisis
     1.      Mengapakah botol/bekas tak boleh ditutup?
  • Kerana bahan-bahan yang diperam di dalam bekas menghasilkan gas lalu boleh menyebakan letupan kecil akibat tekanan gas.

     2.      Apakah unsur utama yang terdapat dalam
a)      FAA: Nitrogen
b)      FPJ:  Nitrogen
c)      FFJ:  Kalium
d)      Cap: Fosforus
3.      Mengapakah gula merah digunakan dalam pembuatan baja organik?
       -  Untuk mengaktifkan mikroorganisma
 4.      Pemeraman manakah yang menghasilkan perubahan bau masam paling awal?
       -  Kulit telur
5.      Pemeraman manakah yang berubah warna paling cepat?
       - Kulit telur
6.      Mengapakah cuka digunakan dalam pemeraman Cap?
       - Untuk melembutkan kulit telur melalui tindak balas cuka dengan kalsium karbonat kulit telur
      7.      Buah epal tidak boleh digunakan untuk membuat baja FFJ. Bincangkan mengapa?
      - Buah epal tidak boleh digunakan dalam pembuatan baja kerana buah epal akan menjadi warna coklat dalam proses fermentasi, menjadikan ianya kurang menarik dan buah epal  mengandungi asid yang tinggi dimana ianya tidak sesuai untuk dijadikan baja organik.
       8.      Ikan air tawar tidak sesuai digunakan untuk membuat baja FAA. Bincangkan mengapa?
        - Ikan air tawar lambat terurai
       9.      Adakah proses penapaian  memerlukan cahaya? Terangkan jawapan anda.
        -Tidak perlu kerana tindak balas mikroorganisma akan lebih aktif dalam keadaan gelap.

10.  Kesimpulan dan perbincangan hasil daripada FAA, FPJ, FFJ dan CaP.
        - Baja FAA memerlukan ikan yang segar manakala baja FPJ memerlukan sayur yang segar tanpa kehadiran lalat kerana dikhuatiri lalat tersebut akan bertelur lalu menghasilkan ulat. Baja yang berulat tidak sesuai dijadikan baja organik tetapi boleh dijadikan sebagai baja kompos. Untuk baja FFJ, selain menggunakan nanas atau pisang, boleh juga menggunakan buah-buahan yang manis seperti ciku.
              AMALI RACUN ORGANIK
              Bahan dan peralatan:
·         Bawang putih
·         Cili padi
·         Minyak masak
·         Sabun pencuci
·         Botol dan penutup
·         Air hujan
·         Blander
·         Bekas/ mangkuk
·         Pisau

            Bahan A (kisar):
           Bawang putih – 1 labu
           Air hujan – 300 mL (satu cawan biasa)
          Cili padi – 6 biji
          Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam
Bahan B:
         Minyak masak – 1 sudu makan
         Sabun pencuci pinggan – 1 sudu teh
        Alat: Penapis, botol penyembur (1.5 L)
          Cara:

1.      Tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja.

2.      Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama.

3.      Masukkan 100 mL pati dan bahan B ke dalam penyembur.

4.      Isi air penuh botol penyembur (1.5 L)

5.      Goncang sehingga semua bahan sebati.

6.      Sembur sampai basah daun terutama bawah daun dengan kadar 3 hari sekali pada pokok bermasalah.
Pemerhatian

1.      Nyatakan perubahan warna dan bau pada racun buatan anda. 
       - Warna oren menjadi keruh

Analisis:
1.      Mengapakah air hujan digunakan dalam pembuatan raca organic?
-          Air semulajadi tiada klorin
2.      Apakah bahan lain yang boleh diganti dengan
a)      Bawang putih
·         Halia
·         Serai
·         Daun limau purut
·         Daun pandan
b)      Cili padi
·         Lada sulah
·         Lada hitam

3.      Apakah fungsi bahan berikut ketika membuat penyemburan
a)      Minyak masak
-   Supaya melekat pada daun
b)      Sabun pencuci
-   Supaya melekat pada daun

4.      Apakah langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan racun serangga.

-          Tuang racun organik dengan cermat dan berhati-hati bagi mengelakkan tumpahan dan percikan.

-          Elakkan sama sekali penggunaan alat semburan yang rosak dan bocor.

-          Elakkan menghembus muncung alat semburan yang tersumbat dengan menggunakan mulut.

-          Jangan menyembur ke arah lawan angin untuk mengelakkan tempias.

5.      Kesimpulan dan perbincangan.
     - Bahan organik yang mempunyai bau yang tajam dan pedas dapat mengelakkan serangga daripada merosakkan tanaman hasil daripada pemeraman selama seminggu bersama air hujan yang tidak mengandungi klorin. Racun organic ini adalah lebih selamat berbanding racun kimia.         
        Jika pokok tiada masalah serangga, sembur juga sebagai kawalan.
        Cuma sedikit peringatan, sembur sedikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana apabila sembur ramuan racun organik ini pokoknya menjadi layu. Jika pokok layu, terus basuh dengan air biasa sehingga hilang cecair racun organik ini pada pokok.





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan