Selasa, 27 November 2018

MINGGU 9: Assignment Video

Semasa cuti pertengahan semester, kami diberikan tugasa oleh Dr, Husna berkaitan dengan video assignment. Video ini mestilah dipilih daripada lima tajuk iaitu:

  • Fotosintesis
  • Transpirasi
  • Translokasi
  • Respirasi
  • Penyerapan
  1. Konsep yg telah dipilih mestilah difahami terlebih dahulu.
  2. Seterusnya diajar pada PILIHAN 1 ( Ahli keluarga), PILIHAN 2 ( Rakan/Jiran Kampung/ Orang awam) dan PILIHAN 3 (Rakan UTM yang berlainan kos)
  3. Setelah mereka faham minta mereka terangkan semula konsep tersebut dan rakamkan penerangan mereka (Max 3min) 

Dibawah ini adalah link video assignment yang telah kami rakamkan:

1) https://youtu.be/MuNzsZsXQ_M  - Proses Transpirasi  (Nada Nasuha Binti Kasnon)
2) https://youtu.be/PsV7lMnmUcQ  - Proses Fotosintesis (Muhammad Zakwan bin Zahari)
3) https://youtu.be/leCBH5Of82o    - Proses Tramslokasi (Nadhirah Binti Samidi)

Minggu 8: JUALAN SAYUR

Assalammualaikum dan hai kepada semua yang berkunjung ke blog kami ! Pada minggu ini kami ingin berkongsi sedikit pengalaman berkaitan dengan cara menuai dan menjual sayuran. Jualan ini dijalankan sebelum kami cuti pertengahan semester. Antara sayuran yang dijual adalah sayur bayam merah,sayur bayam hijau, sayur pak choi,dan sawi. Sayuran dijual dalam kawasan utm dan lebih tertumpu di sekitar fakulti pendidikan.
Jadi di bawah ini adalah proses-proses untuk menjual sayuran :)

1. MENUAI

Tempoh matang adalah tempoh antara penanaman anak benih hingga masa sesuai untuk
dituai hasilnya. Jika terlalu cepat dituai, hasil tanaman belum begitu masak manakala jika terlalu tua atau terlebih tempoh, hasil tanaman mungkin menjadi keras dan hampir busuk.
Oleh itu, tuaian pada masa yang sesuai tempoh matang akan menjamin harga yang
tinggi dan laku di pasaran iaitu dalam masa 4 hingga 6 minggu.


Antara peralatan yang digunakan untuk menuai:
Skop Tanah
Tray plastik
Tray Plastik

Image result for SARUNG TANGAN
Sarung Tangan
2. MEMBASUH

Selesai aktiviti menuai proses membasuh dilakukan untuk membersihkan akar dan tanah pada sayur-sayuran.


3. MEMILIH 

Setelah sayur dibersihkan, proses pemilihan sayur dibuat untuk memastikan sayur yang dijual adalah sayur yang baik dan sihat. Ini adalah untuk mengelakkan daripada menjual sayur yang sudah rosak.


4. MENIMBANG

Proses menimbang dilakukan untuk menentukan berat dan harga setiap sayuran yang dijual adalah pada kadar yang sama. Bayam hijau dan bayam merah ditimbang dengan berat 400g manakala pak choi dan sawi ditimbang dengan berat 200g.


4. MEMBUNGKUS

Proses membungkus dibuat untuk kemasan dan sebagai tarikan untuk pelanggan membeli sayuran ini. Proses membungkus juga memudahkan urusan jual beli kerana sayuran telah diasingkan mengikut gram.



5. MENJUAL

Setelah semua proses dilakukant, sayur dijual kepada warga UTM iaitu pensyarah dan juga staf. Lokasi jualan lebih tertumpu di kawasan fakulti dan sekolah pendidikan.



7. LAPORAN KEWANGAN

LAPORAN KEWANGAN JUALAN SAYUR
SPPH/2
TARIKH : 29-30 OKTOBER 2018
KUANTITI : 30.2 KG

JENIS SAYUR
HARGA JUALAN SEUNIT (RM)
BERAT SEUNIT (GRAM)
JUMLAH UNIT TERJUAL
JUMLAH WANG (RM)
BAYAM HIJAU
RM 1.50
400G
54 UNIT
RM 81.00
BAYAM MERAH
RM 2.00
400G
22
RM 44.00
PAK CHOY
RM 2.00
200G
9 UNIT
RM 24.00
SAWI
RM 2.00
200G
12 UNIT
RM 18.00
JUMLAH

RM 167.00
 UNIT
JUMLAH KEROSAKAN SAYUR : 7 KG


Ahad, 25 November 2018

MINGGU 7 : PEMBIAKAN BEBAWANG DAN CANTUMAN BAJI



Minggu 7- Pembiakan daun , bebawang , rizom , keratan batang stolon dan cantuman baji
1.      Pembiakan Daun




·         Kaedah pembiakan adalah dengan menggunakan daun untuk membiak , cara ini merupakan kaedah yang paling mudah untuk dilakukan
·         Contoh pokok : selasih,setawar misai kucing dan pokok lidah jin
·         Cara-cara penanaman :
1.      Sediakan medium tanah yang sesuai kemudian masukkan kedalam polybeg . Seterusnya, ambik dan potong daun pokok yang ingin ditanam.
2.      Bahagian bawah daun yang telah dipotong dicelup ke dalam penggalak agar . Kemudian tanam daun tersebut secara menegak.


2.      Pembiakan bebawang








Contoh pokok : bawang merah , pokok kulip , dan pokok bunga lili
Sedikit perkongsian :
Untuk bawang yang kecil lebih baik ditanam sebiji tanpa membahagikan atau selebih-lebihnya hanya memotong separuh sahaja. Manakala, bagi bawang yang bersaiz besar boleh dibahagikan mengikut kesesuaian tetapi perlu memastikan  setiap bahagian bawang yang  dipotong perlu mempunyai tunas pada bahagian tengah dan terdapat akar pada bahagian bawah bawang yang ingin ditanam.
            Cara-cara penanaman :
1.      Potong bebawang kepada beberapa bahagian
2.      Tanam terus kedalam medium dengan keadaan separuh bahagian berada didalam tanah.

       3.  UMBISI

           














Contoh tumbuhan : ubi keledek, ubi kentang , keladi dan sengkuang.
Tips : umbisi ini merupakan batang yang menyimpan makanan didalam tanah
Cara-cara penanaman :
Potongkan bahagian umbisi yang bertunas dimana sebiji umbisi boleh dibahagkan kepada beberapa bahagian untuk dibiakkan menjadikan pokok yang baru.
Kemudian , letakkan terus diatas tanah atau medium dan tenggelam kan sedikit bahagian umbisi disamping mata tunas tetap berada diatas.



4.RIZOM













Rizom ialah akar yang menyimpan makanan di dalam tanah .
Conto tumbuhan : kunyit, halia dan lengkuas
Rizom memppunyai tunas
Sedikit perkongsian  : Rizom dan umbisi boleh ditanam walaupun tidak mempunyai tunas pada bahagian yang ditanam tetapi ia memakan masa yang lama .
Cara-cara penanaman :
Bahagian rizom  yang bertunas dipotong dimana sebji rizom boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk dibiakkan menjadi pokok yang baru.
Kemudiannya diletakkan terus diatas tanah atau medium dan tenggelamkan sedikit bahagian rizom disamping mata tunas tetap berada diatas.

    5. STOLON








Stolon merupakan tumbuhan yang menjalar diatas tanah
Contoh tumbuhan : strawberi, rumput dan pegaga


AMALI PADA MINGGU INI






















              PEMBIAKAN BEBAWANG


Cara-cara penanaman :

1)      Masukkan baja  ke dalam bekas tanaman , sehingga memenuhi  ½ daripada bekas tersebut. Peringatan : tidak dibenarkan menekan/ memadatkan baja tersebut.



2)      Seterusnya , potong bebawang yang bersaiz sederhana perlulah dipotong kepada 2 bahagian manakala bebawang yang bersaiz besar pula dipotong kepada 4 bahagian






3)      Kemudian , tanam bebawang yang telah dipotong secara berselang seli mengikut kesesuian jarak .
  


CANTUMAN BAJI

Cantuman baju merupakan proses untuk mencantum 2 bahagian pokok yang masih hidup dengan cara/ kaedah yang membolehkan bahagian-bahagian itu bersatu dan akhirnya berfungsi sebagai satu pokok .
Bahan-bahan : plastik , tali rapia , pisau dan parafilm

Cara-cara :
1.      Pilih dahan pokok yang masih muda dan tidak mengandungi sebarang penyakit
                  untuk dicantumkan pada pokok yang asal .
2.      kemudian , dahan yang diambil dipotong daun untuk mengelakkan berlakunya transpirasi yang tinggi .
3.      Pilih pokok penanti yang ingin dicantumkan, kemudian potong dan belah tengah ranting pokok  penanti sedalam 5cm panjang.
4.      Seterusnya, pangkal tunas yang hendak dicantum dipotong secara menyerong seperti cantuman baji. Sambung ranting yang dipotong serong tadi ke belahan pokok penanti dan balut bahagian cantuman tadi dengan pita parailm.
5.      Setelah dibalut dengan parafilm, sungkupkan keseluruhan bahagian tersebut dengan plastik yang lutsinar  bagi mengelakkan dehidrasi atau pucuk kering dengan cepat .
6.      Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan sehingga dahan A dan B bercantum . Hasil selalunya boleh dilihat 3-5 minggu . Apabila sudah bercantum , buka plastik tadi dan biarkan ia tumbuh seperti biasa.




Sabtu, 3 November 2018

MINGGU 6: Eksperimen Baja dan Racun Organik

AMALI BAJA ORGANIK

FAA (Fish Amino Acid)

Bahan-bahannya:

·         Gula merah 1 kg (dicairkan dengan 2000 mL air)
·         Isi ikan atau sisa ikan
·         Botol plastik
·         Kertas putih A4
·         Pengikat
·         Landas cincang
·         Pisau
·         Mangkuk/ besen
·         Mangkuk/ cawan penyukat


Cara-cara:

                                               
    1.      Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.
                                                    
              2.      Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1 (80 mL)

             3.      Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dan bahan dibuat serta tutup dengan kertas. Tutup dengan penutup botol. Jangan tutup terlalu ketat. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau/ goncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.

             4.      Baja ini siap dalam jangka masa 4 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FAA.

             Kaedah penggunaan:
            ·    Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 mL atau satu sudu besar ke dalam 5 liter air     dan disiram kepada tanaman.
                Nota:   Ikan yang sesuai ialah ikan kembung, sardin, tenggiri dan tongkol.

         FPJ (Fermented Plant Juice)
             Bahan-bahannya:
·         Gula merah 1 kg (dicairkan dengan 2000 mL air
·         Sisa sayuran berdaun hijau
·         Botol plastik
·         Kertas putih A4
·         Pengikat
    Cara-cara:
                                     
1.      Sisa sayuran dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.
                                      
2.      Campurkan bersama gula merah atau molasses pada kadar nisbah 1:1 (100 mL)
3.      Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas. Tutup dengan penutup. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4.      Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja  FPJ.
                   Kaedah penggunaan:
             ·         Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 mL atau satu sudu besar ke dalam 1 liter                air dan disiram kepada tanaman.
             FFJ (Fermented Fruit Juice)
             Bahan-bahannya:
·         Gula merah 1 kg (dicairkan dengan 2000 mL air)
·         Pisang masak. Jika boleh dapatkan kulit pisang yang telah hitam
·         Botol plastik

·         Kertas putih A4
·         Pengikat
              Cara-cara: 
                                                      
                 1.      Nanas dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.
                                  
2.      Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1 (100 mL)  
3.      Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas putih kemudian penutup botol. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.

 4.      Baja ini siap dalam jangka masa 2 miggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FFJ.
  Kaedah penggunaan:
  ·  Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 mL atau sudu besar ke dalam 1 liter air dan disiram kepada tanaman.
   Nota:   Buah- buahan yang masak dan manis seperti ciku, pisang dan betik

 
   Kulit telur (CaP)
Bahan-bahannya:
1.      Kulit telur yang telah dibasuh dikeringkan dalam oven selama 5 minit
2.      Cuka masak
3.      Botol plastik
4.      Kertas putih A4
5.      Pengikat
Cara-cara:
                                                  
1.      Hancurkan kulit telur bagi mempercepatkan proses fermentasi. Sukat hasil kulit telur yang telah hancur.
                                                 
2.      Campurkan bersama cuka dengan nisbah 1:10 (1 sudu besar).
3.      Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas dan ikat menggunakan gelang getah. Tutup dengan penutup botol. Jangan tutp terlalu ketat. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau/ digoncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.

4.      Baja ini siap dalam jangka masa 4 minggu dan jusnya ditapis.
        Kehadiran bau:
  ·   Hamis, hapak, hangit, hanyir, hancing, busuk, tengik, masam.
        Pemerhatian:

Hari/ Tarikh

Warna pemerhatian

Kehadiran bau gas (ada/tiada)

FAA

FPJ

FFJ

CaP

FAA

FPJ

FFJ

CaP

1

Coklat

Hijau keruh

Coklat kekuningan

Coklat cair

Hanyir

Masam

Masam

Masam

2

Coklat

Hijau keruh

Coklat kekuningan

Coklat cair

Hanyir


Masam

Masam

Masam

3

Coklat

Hijau keruh

Coklat kekuningan

Coklat cair

Hanyir

Masam

Masam

Masam

4

Coklat

Putih

Coklat kekuningan

Coklat cair

Hanyir

Masam

Masam

Masam

5

Coklat

Putih

Coklat kekuningan

Coklat cair

Hanyir

Masam

Masam

Masam

6

Coklat gelap

Putih

Perang

Coklat cair

Busuk

Masam

Busuk

Masam

7

Coklat gelap

Putih

Perang

Coklat cair

Busuk

Masam

Busuk

Masam

8

Coklat kehitaman

Putih

Perang

Coklat cair

Busuk

Masam

Busuk

Masam

      Analisis
     1.      Mengapakah botol/bekas tak boleh ditutup?
  • Kerana bahan-bahan yang diperam di dalam bekas menghasilkan gas lalu boleh menyebakan letupan kecil akibat tekanan gas.

     2.      Apakah unsur utama yang terdapat dalam
a)      FAA: Nitrogen
b)      FPJ:  Nitrogen
c)      FFJ:  Kalium
d)      Cap: Fosforus
3.      Mengapakah gula merah digunakan dalam pembuatan baja organik?
       -  Untuk mengaktifkan mikroorganisma
 4.      Pemeraman manakah yang menghasilkan perubahan bau masam paling awal?
       -  Kulit telur
5.      Pemeraman manakah yang berubah warna paling cepat?
       - Kulit telur
6.      Mengapakah cuka digunakan dalam pemeraman Cap?
       - Untuk melembutkan kulit telur melalui tindak balas cuka dengan kalsium karbonat kulit telur
      7.      Buah epal tidak boleh digunakan untuk membuat baja FFJ. Bincangkan mengapa?
      - Buah epal tidak boleh digunakan dalam pembuatan baja kerana buah epal akan menjadi warna coklat dalam proses fermentasi, menjadikan ianya kurang menarik dan buah epal  mengandungi asid yang tinggi dimana ianya tidak sesuai untuk dijadikan baja organik.
       8.      Ikan air tawar tidak sesuai digunakan untuk membuat baja FAA. Bincangkan mengapa?
        - Ikan air tawar lambat terurai
       9.      Adakah proses penapaian  memerlukan cahaya? Terangkan jawapan anda.
        -Tidak perlu kerana tindak balas mikroorganisma akan lebih aktif dalam keadaan gelap.

10.  Kesimpulan dan perbincangan hasil daripada FAA, FPJ, FFJ dan CaP.
        - Baja FAA memerlukan ikan yang segar manakala baja FPJ memerlukan sayur yang segar tanpa kehadiran lalat kerana dikhuatiri lalat tersebut akan bertelur lalu menghasilkan ulat. Baja yang berulat tidak sesuai dijadikan baja organik tetapi boleh dijadikan sebagai baja kompos. Untuk baja FFJ, selain menggunakan nanas atau pisang, boleh juga menggunakan buah-buahan yang manis seperti ciku.
              AMALI RACUN ORGANIK
              Bahan dan peralatan:
·         Bawang putih
·         Cili padi
·         Minyak masak
·         Sabun pencuci
·         Botol dan penutup
·         Air hujan
·         Blander
·         Bekas/ mangkuk
·         Pisau

            Bahan A (kisar):
           Bawang putih – 1 labu
           Air hujan – 300 mL (satu cawan biasa)
          Cili padi – 6 biji
          Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam
Bahan B:
         Minyak masak – 1 sudu makan
         Sabun pencuci pinggan – 1 sudu teh
        Alat: Penapis, botol penyembur (1.5 L)
          Cara:

1.      Tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja.

2.      Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama.

3.      Masukkan 100 mL pati dan bahan B ke dalam penyembur.

4.      Isi air penuh botol penyembur (1.5 L)

5.      Goncang sehingga semua bahan sebati.

6.      Sembur sampai basah daun terutama bawah daun dengan kadar 3 hari sekali pada pokok bermasalah.
Pemerhatian

1.      Nyatakan perubahan warna dan bau pada racun buatan anda. 
       - Warna oren menjadi keruh

Analisis:
1.      Mengapakah air hujan digunakan dalam pembuatan raca organic?
-          Air semulajadi tiada klorin
2.      Apakah bahan lain yang boleh diganti dengan
a)      Bawang putih
·         Halia
·         Serai
·         Daun limau purut
·         Daun pandan
b)      Cili padi
·         Lada sulah
·         Lada hitam

3.      Apakah fungsi bahan berikut ketika membuat penyemburan
a)      Minyak masak
-   Supaya melekat pada daun
b)      Sabun pencuci
-   Supaya melekat pada daun

4.      Apakah langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan racun serangga.

-          Tuang racun organik dengan cermat dan berhati-hati bagi mengelakkan tumpahan dan percikan.

-          Elakkan sama sekali penggunaan alat semburan yang rosak dan bocor.

-          Elakkan menghembus muncung alat semburan yang tersumbat dengan menggunakan mulut.

-          Jangan menyembur ke arah lawan angin untuk mengelakkan tempias.

5.      Kesimpulan dan perbincangan.
     - Bahan organik yang mempunyai bau yang tajam dan pedas dapat mengelakkan serangga daripada merosakkan tanaman hasil daripada pemeraman selama seminggu bersama air hujan yang tidak mengandungi klorin. Racun organic ini adalah lebih selamat berbanding racun kimia.         
        Jika pokok tiada masalah serangga, sembur juga sebagai kawalan.
        Cuma sedikit peringatan, sembur sedikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana apabila sembur ramuan racun organik ini pokoknya menjadi layu. Jika pokok layu, terus basuh dengan air biasa sehingga hilang cecair racun organik ini pada pokok.