Isnin, 3 Disember 2018

MINGGU 10: PEMBIAKAN TUMBUHAN MELALUI KAEDAH TUT



PEMBIAKAN TUMBUHAN MELALUI KAEDAH TUT

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan tut? Kaedah tut ataupun marcot adalah salah satu kaedah pembiakan tumbuhan di mana hanya sesuai dilakukan pada batang pokok yang berkayu sahaja dengan cara membuang lapisan luar kulit dahan pokok. Proses ini mengambil masa lebih kurang 3 minggu untuk mendapatkan anak pokok asal. Kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu Tut Udara dan Tut Lentor. Antara kelebihan menggunakan kaedah ini adalah pokok yang terhasil akan cepat mengeluarkan hasil dan tahan penyakit. Selain itu, pokok ini juga akan menghasilkan tanaman dan buah yang memkiki sifat yang sama dengan pokok induk. 

Bahan-bahan :
Pisau lipat
Penggalak akar
Tali raffia
Plastik
Marker pen
Medium (campuran tanah dengan baja organik iaitu 1:1/ peat moist/jiffy pellet)


Cara-cara :

1. Masukkan air dan bancuh dengan peat moist. Gaul sampai sebati dan kepalkan menjadi bentuk bulat.




*Pastikan peat moist yang berbentuk bulat tidak terlampau basah untuk mengelakkan batang yang dikerat menjadi busuk kerana terendam di dalam air.
 

2. Rendamkan jiffy pellet di dalam air. 

                                                   

3. Pilih ranting/ dahan yang sesuai. Bersihkan ranting/ dahan tersebut.


4. Buang kulit di bahagian luar dan kikis kambium sehingga kering.
                                    
5. Sapu penggalak akar pada bahagian atas tempat yang dikelarkan.


6. Ikat plastik lutsinar dan lekapkan medium yang telah dikepal/ jiffy pellet pada kelaran yang telah dibuat. Pastikan padat dan melekat dengan baik.

                                                                     


7. Balut dan ikat dengan kemas menggunakan tali raffia pada media pengakaran tersebut.

                                                                   

8. Labelkan nama pada plastik dan biarkannya selama beberapa minggu.
9. Selepas 1-3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan bolehlah dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam beg plastik.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan