PEMBIAKAN TUMBUHAN MELALUI KAEDAH TUT
Apakah
sebenarnya yang dimaksudkan dengan tut? Kaedah tut ataupun marcot adalah salah
satu kaedah pembiakan tumbuhan di mana hanya sesuai dilakukan pada batang pokok
yang berkayu sahaja dengan cara membuang lapisan luar kulit dahan pokok. Proses
ini mengambil masa lebih kurang 3 minggu untuk mendapatkan anak pokok asal.
Kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu Tut Udara dan Tut Lentor. Antara
kelebihan menggunakan kaedah ini adalah pokok yang terhasil akan cepat mengeluarkan
hasil dan tahan penyakit. Selain itu, pokok ini juga akan menghasilkan tanaman
dan buah yang memkiki sifat yang sama dengan pokok induk.
Bahan-bahan :
Pisau lipat
Penggalak akar
Tali raffia
Plastik
Marker pen
Medium (campuran
tanah dengan baja organik iaitu 1:1/ peat moist/jiffy pellet)
Cara-cara :
1. Masukkan air dan
bancuh dengan peat moist. Gaul sampai sebati dan kepalkan menjadi bentuk bulat.
*Pastikan peat
moist yang berbentuk bulat tidak terlampau basah untuk mengelakkan batang yang
dikerat menjadi busuk kerana terendam di dalam air.
2. Rendamkan jiffy
pellet di dalam air.
3. Pilih ranting/
dahan yang sesuai. Bersihkan ranting/ dahan tersebut.
4. Buang kulit di
bahagian luar dan kikis kambium sehingga kering.
5. Sapu penggalak
akar pada bahagian atas tempat yang dikelarkan.
6. Ikat plastik
lutsinar dan lekapkan medium yang telah dikepal/ jiffy pellet pada kelaran yang
telah dibuat. Pastikan padat dan melekat dengan baik.
7. Balut dan ikat
dengan kemas menggunakan tali raffia pada media pengakaran tersebut.
8. Labelkan nama
pada plastik dan biarkannya selama beberapa minggu.
9. Selepas 1-3
bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan bolehlah dipotong bahagian bawah
dan diubah ke dalam beg
plastik.