Sabtu, 29 Disember 2018

MINGGU 14: PEMBERSIHAN DI KAWASAN LADANG

Pembersihan di bahagian penyimpanan stor dan sekitar ladang


                    
  • Menyimpan semua peralatan yang telah digunakan
  • Mengemas dan menyusun peralatan
  • Membersihkan alatan
  • Menyapu serta membersihkan kawasan stor


  • Membersihkan longkang-longkang di kawasan tepi kelas
  • Membersihkan lantai daripada lumut-lumut 
  • Membuang rumpai-rumpai yang berada di dalam pasu bunga dan tanaman

MINGGU 13 PEMBERSIHAN BAHAGIAN BATAS

Minggu ke 13 adalah Minggu pembersihan kawasan batas. Aktiviti yang kami lakukan adalah pembersihan ladang iaitu di bahagian kawasan batas.

Pembersihan di bahagian batas




  • Membersihkan kawasan sekeliling batas dengan buang semua bendasing dan merumpai

                                              

  • Menyimpan semula batu bata yang telah digunakan ke tempat asalnya


  • Bagi yang menggunakan papan, papan hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan ke tempat asal

Rabu, 19 Disember 2018

MINGGU 12: TANAMAN JAGUNG

 TANAMAN JAGUNG
Pada minggu ke12 kami telah diberikan tugas untuk menanam pokok jagung. sebelum itu, kami perlu membersihkan batas terlebih dahulu kerana batas tersebut digunakan untuk menanam sayur sayuran
Selepas membersihkan batas, Tanah digemburkan semula bagi mempermudahkan akar pokok jagung menjalar bagi mencari sumber air. Langkah-langkah bagi menanam pokok jagung ialah seperti berikut.:
1     1)      Sebelum menanam benih jagung, benih jagung direndam didalam air selama 2 jam

2     2)      30 bijih benih ditanam dalam satu batas. 10 biji benih sebaris dan 3 baris diperlukan dalam        batas tersebut

3     3)      Seterusnya, benih ditanam sedalam 1 inci didalam tanah,

4     4)      Selepas ditanam, benih jagung tersebut perlu disiram setiap hari bagi memastikan benih tersebut

5     5)      Dalam masa beberapa minggu, anak pokok jagung akan dapat dilihat


gambar 1: anak pokok jagung  yang tumbuh

gambar 2: aktiviti menanam benih jagung





MINGGU 11 : PEMBIAKAN KERATAN BATANG

   
Pembiakan melalui keratan batang adalah salah satu kaedah pembiakan tanaman yang sering dilakukan. Kebisaannya Bahagian pokok yang biasa digunakan ialah bahagian dahan lembut, bahagian sederhana keras dan Bahagian dahan keras. Kebanyakkan pokok yang boleh digunakan melalui kaedah ini adalah pokok hiasan seperti pokok bunga kertas, pokok  bunga raya dan sebagai nya .
Bahan yang diperlukan dalam proses pembiakan melalui keratan batang ialah:
1    1)      Cutter
2    2)      Polybag
3    3)      Penjalar akar
4    4)      Medium semaian
Cara-cara pembiakan melalui keratan batang:-
1    1)      Pilih pokok yang ingin di tanam
2    2)      Potong pada bahagian dahan yang mempunyai pucuk menggunakan cutter.
3    3)      Potong bahagian dahan tersebut dengan cara potong serong ( hal ini bertujuan untuk memperluaskan bahagian akar dimana dapat menampung pokok tersebut)
4    4)      Sediakan medium semaian campuran tanah dengan baja organic dan letakkan medium tersebut didalam polybag
5    5)      Celupkan bahagian serong keratan tersebut dalam penjalar akar bagi menggalakkan pertumbuhan akar.
6    6)      Pacakkan keratan batang tersebut pada medium yang disediakan
7    7)      Letakkan keratan batang tersebut di kawasan rumah hijau.
8    8)      Dalam masa beberapa minggu hasil daripada keratan batang tersebut dapat dilihat




 gambar 1 : medium semaian diletakkan kedalam polybag

gambar 2: dahan pokok dipotong secara serong 

gambar 3: keratan tersebut diletakkan didalam polybag




 






Isnin, 3 Disember 2018

MINGGU 10: PEMBIAKAN TUMBUHAN MELALUI KAEDAH TUT



PEMBIAKAN TUMBUHAN MELALUI KAEDAH TUT

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan tut? Kaedah tut ataupun marcot adalah salah satu kaedah pembiakan tumbuhan di mana hanya sesuai dilakukan pada batang pokok yang berkayu sahaja dengan cara membuang lapisan luar kulit dahan pokok. Proses ini mengambil masa lebih kurang 3 minggu untuk mendapatkan anak pokok asal. Kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu Tut Udara dan Tut Lentor. Antara kelebihan menggunakan kaedah ini adalah pokok yang terhasil akan cepat mengeluarkan hasil dan tahan penyakit. Selain itu, pokok ini juga akan menghasilkan tanaman dan buah yang memkiki sifat yang sama dengan pokok induk. 

Bahan-bahan :
Pisau lipat
Penggalak akar
Tali raffia
Plastik
Marker pen
Medium (campuran tanah dengan baja organik iaitu 1:1/ peat moist/jiffy pellet)


Cara-cara :

1. Masukkan air dan bancuh dengan peat moist. Gaul sampai sebati dan kepalkan menjadi bentuk bulat.




*Pastikan peat moist yang berbentuk bulat tidak terlampau basah untuk mengelakkan batang yang dikerat menjadi busuk kerana terendam di dalam air.
 

2. Rendamkan jiffy pellet di dalam air. 

                                                   

3. Pilih ranting/ dahan yang sesuai. Bersihkan ranting/ dahan tersebut.


4. Buang kulit di bahagian luar dan kikis kambium sehingga kering.
                                    
5. Sapu penggalak akar pada bahagian atas tempat yang dikelarkan.


6. Ikat plastik lutsinar dan lekapkan medium yang telah dikepal/ jiffy pellet pada kelaran yang telah dibuat. Pastikan padat dan melekat dengan baik.

                                                                     


7. Balut dan ikat dengan kemas menggunakan tali raffia pada media pengakaran tersebut.

                                                                   

8. Labelkan nama pada plastik dan biarkannya selama beberapa minggu.
9. Selepas 1-3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan bolehlah dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam beg plastik.